I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 28 February 2011

nasi ayam hainan

Go to fullsize imagemeh beli!!!meh beli!!!!! ayam besau WAW! ayat pak cik hainan time kt pasau!!!huhu

AYAM GORENG

KESIAN AYAM KNE GORENG.....tp hakikatnye ayam goreng 2 sedap....sabo je la...

sate

sete adalah makanan pilihan 1 malaysia...berita selanjutnya menyusul kemudian......SEDAPnyerView Image

Sunday, 27 February 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog aku ni.... Aku just nak korang enjoy dengan blog aku tentang makanan 1 Malaysia....Menarik kn???Korang pon mesti suka pasal makanan-makanan ni....!so korang boleh cuci mata dengan tengok-tengok pelbagai jenis makanan.Macam-macam ada,makanan melayu,cina dan india!!semua ada kat bog aku ni.....
So selamat melayari blog aku ni........;-)

Kuih-Muih Tradisional Melayu

Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerana kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita tidak pernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di setiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan.Maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..?
Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...

Ha..ini beberapa jenis himpunan makanan tradisi orang melayu yang popular satu ketika dahulu dan mungkin kita boleh memperkenalkan kuih muih ni balik.....

NEKBAT


Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih.

BUAH TANJUNG


Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

JALA MAS


Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.

DODOL


Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.


LEMPENG KELAPA


Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.

SLEMANG



Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis