I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 12 April 2011

Life Must Go On.......

Something has changed, I don't know when,
My body just doesn't want to move like before,
It aches all the time and causes great pain,
I can't seem to do what I've done anymore.

I do understand, that we all must age,
Getting old is a stage, and it don't take too long,
We'll all get grey and some lose their hair,
We have to accept it cause life must go on.

Can't seem to see things or hear as well,
Some of us can't straighten up anymore,
Can't seem to travel as far in the car,
When we fall down, can't get up of the floor.

We think we are as young as years gone by,
But the youth is just in our head and heart,
We can walk just as far as we once did,
Just now we need an extra days start.

Our style has changed in our line of clothes,
It isn't as short as we once wore,
Our dollars we stretch farther then we once did,
Cause Old age pension don't give us more.

We'll get our flu shots and fight of the cold,
Spend time with friends, where we belong,
Accept the life that's come our way,
Grow old with dignity, cause life must go on

Makanan Oooo Makanan.....

Nasi Lemak


Satay

Lemang

Ikan Bakar

Kuih Cakoi........!!!!!!Hmmmm......;-0


OK la ni saya nak berkongsi sikit la tentang apa yang sedang saya fikirkan....Tengah-tengah lepak dengan member-member ni...tiba-tiba terasa macam nak makan kuih cakoi pulak!!!!Hmmm.....sdapnyeeeerrrr!!!!!!Secara kebetulan pulak x tau nak update pe kat blog ni so saya nak kongsi sikit informasi dan resipi kuih ni yer.....
By the way, let me explain to you all briefly about sejarah kuih cakoi ni yer,in mandarin kuih ni dipanggil 油条you tiao, dlm cantonese pula "yao za guai"atau hokkien "yu ca koi"... Kuih ini amat popular di kalangan masyarakat Cina dan mereka jugalah yang mula-mula mencipta kuih ini.Tapi disebabkan Malaysia ni mempunyai pelbagai budaya dan bangsa,kuih ni boleh dinikmati oleh semua golongan bangsa...Sungguh bertuah kita hidup di Malaysia ini.....Betul x? So x nak bercakap panjang lebar lagi,kang mengarut pulak nanti.....Heheee

So akhir kata,bagi korang yang ingin mencuba sendiri buat Kuih Cakoi ni...Sila la yer mencuba resipi ini
.....Selamat Maju Jaya!

Bahan-bahan:

400gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin, cairkan
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula
2 sudu teh yis kering
½ sudu teh baking soda
1 sudu makan susu pekat manis
1 biji kuning telur

Minyak untuk menggoreng

Caranya:

1.Campurkan kesemua bahan kecuali tepung di dalam mangkuk. Gaul sebati.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.Rehatkan doh selama 1/2 jam dan tutup dengan plastik.
3.Canai doh memanjang lebih kurang 1/2 cm tebal dan 10 cm lebar membentuk empat segi.
4.Potong doh lebih kurang 2 cm. Cantumkan 2 potongan bersama.
5.Goreng dengan api sederhana besar hingga kuning keemasan.
6.Setelah masak, bolehlah dihidang dengan kuah sambal atau kaya.



Saturday, 2 April 2011

Recipe: Tiramisu

Tirammiiisssuuu ooooo Tiiirrraaaammmisuuu!!!!!

Demam kek "TIRAMISU" telah melanda rata-rata masyarakat di Malaysia,tidak kiralah samaada muda mahupun yang tua. By the way,kek ni sekarang dah semakin banyak di kedai-kedai kek selain di restoran-restoran dan hotel. So kek ni senang untuk didapati. Kek Tiramisu ni merupakan kombinasi kek span,mocha and cheese cream serta dihiasi dengan whipping cream..Ha tu la yang special pada kek ni serta membuatkannya sedap..


So ni ada la sedikit resipi mudah untuk membuat kek tiramisu bagi anda yang ingin mencuba hasil tangan sendiri..Good Luck and Selamat mencuba!!!!!!!;-)

Bahan-bahan:

1 biji kek span coklat [saiz kecil]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 fresh cream atau whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafee
serbuk koko

Cara:

1. Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulanglkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.

Monday, 28 March 2011

PEMBUDAYAAN MAKANAN MALAYSIA.

So,asyik bercerita psal makanan sahaja....so sekarang ni kitaorang nk kongsi dengan you all tentang "Kepelbagaian Makanan Malaysia"....So harap you all enjoy k.............;-)

‘Kepelbagaian’ merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.

Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut.

Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda. Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.

Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.

Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan admiral China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.

Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan Malaysia’ dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.

Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.

Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.

Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung.

Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan Penang. Keturunan nyonya ini dikatakan berasal dari kaum Cina dan Amoy (Xiamen) dan Fukian. Pada abad ke-12 mereka mengawini gadis Melayu tempatan dan seterusnya berkeluarga di mana anak lelaki mereka dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Baba dan nyonya mengikut dan meminati nilai tradisi dan budaya Melayu. Mereka fasih berbahasa Melayu, memakai kebaya dan memahami adat resam, nilai dan tradisi orang Melayu. Walau bagaimanapun kaum baba dan nyonya ini masih mengekalkan agama dan adat resam kaum Cina. Masakan nyonya adalah gabungan masakan orang Melayu dan Cina. Contoh masakan nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain. Terdapat beberapa perbezaan antara nyonya Penang dan nyonya Melaka. Di antaranya ialah penggunaan cili, di mana masakan nyonya Penang agak pedas berbanding nyonya Melaka. Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu. Contohnya ialah gado-gado dan penggunaan santan dalam masakan mereka. Kaum nyonya juga pandai menggayakan buah-buahan dan sayuran tempatan di dalam masakan mereka. Di antaranya ialah jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing buluh. Buah-buahan dan sayuran ini digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit dan daun pandan. Otak-otak, kerabu, laksa nyonya dan kuih muih nyonya mendapat tempat di buffet hotel dan restoran. Kuih nyonya terkenal dengan keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih nyonya ini berasaskan resipi kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharui oleh kaum nyonya. Bahan tani yang digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut, santan dan gula melaka.

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.

Untuk mengakhiri seminar ini saya ingin menyentuh aspek etika sosial dan tata cara peradaban di meja makan di Malaysia. Sebelum itu mari kita meninjau ke dapur-dapur orang Malaysia. Terdapat pelbagai kaedah memasak yang boleh kita pelajari. Bagi kaum Melayu peralatan seperti batu lesung merupakan peralatan ‘mesti ada’ dari nenek moyang kita dahulu hingga sekarang. Sesetengah orang berpendapat sambal belacan menggunakan batu lesung lebih berperisa dibandingkan dengan yang dibuat dengan pengisar elektrik. Kaum Cina dengan kuali atau ‘wok’nya dan kaum India dengan belanganya pula. Kaum ethenik di Malaysia menganggap suasana ketika menikmati hidangan adalah aktiviti komuniti, tidak kira di rumah atau di restoran. Makanan di hidang serentak (kecuali bankuet Cina) dan setiap individu akan dihidangkan dengan nasi dan mereka akan memilih lauk pauk sendiri. Orang India dan orang Melayu menggunakan tangan dan kaum Cina dengan penyepit. Menggunakan tangan juga mempunyai etika tersendiri. Kita hanya menggunakan tangan kanan dan hujung jari sahaja. Tapak tangan tidak digunakan dan ia mesti kelihatan bersih tidak comot. Membasuh tangan bukan sahaja bersopan tetapi dimestikan dari segi kebersihan. Kadang kala kita akan diberi air basuh tangan oleh tuan rumah dan di restoran-restoran pula disediakan sinki basuh tangan dan sabun. Kita tidak dibenarkan sama sekali mengambil makanan dari pinggan hidang dengan tangan. Kita sepatutnya menggunakan sudu yang disediakan dengan mengambilnya dengan tangan kiri. Anda digalakkan mengambil makanan terdekat dengan anda dahulu dan tidak terlalu banyak bercakap jangan bercakap ketika mulut masih penuh dan akhir sekali tidak mengunyah terlalu kuat.

Bagi kaum Cina memang lasimnya menggunakan penyepit, tetapi di restoran dan kedai makanan ada juga yang menyediakan sudu dan garpu. Mereka dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung penyepit dan meletakkan penyepit di atas mangkuk nasi. Letakkan penyepit di tempat yang disediakan dan jangan berebut-rebut, pastikan anda menunggu giliran apabila memusing bulatan pemusing. Pada lazimnya hidangan Cina diiringi dengan pelbagai sos, pastikan anda mengambil sos dengan sudu yang disediakan dan letakkan sos ke dalam piring kecil yang disediakan dan jangan sekali-kali mencelup makanan di pinggan hidang

Saturday, 12 March 2011

Selamat Bercuti..........!!!!!!!!!!!!!

So kpada kwn2 especially kwn2 Class DPP2.......Selamat Bercuti dan Hati2 ketika balik ke rumah k...!!!One more thing...kat rumah 2 nt study la yek sb naik cuti kta ada midterm and test 2!Anyway,good luck and have a nice day......Hopefully..!;-)

Tuesday, 1 March 2011

Kepelbagaian Makanan

Makanan Malaysia ini selari dengan budaya makanan orang Melayu.
Pelbagai lauk-pauk tidak akan sempurna jika tak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya.Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu selalunya lebih kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu ni dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.
Maskan Melayu ni kalau tak ada rempah ratus rasanya x begitu sedap.Jadi bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung:Contohnya, bawang, halia, bawang putih dan cili.
Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu ni juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.Terdapat beberapa contoh makanan melayu di negara kita adalah seperti nasi lemak, nasi tomato, ketupat, lauk rendang, satay, nasi ambeng, kuih-muih tradisional dan sebagainya.

Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan:Contohnya, kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), dan ayam goreng



Kalau musim perayaan pulak macam Hari Raya,nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

Ketupat merupakan sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di negara kita.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.Ketupat biasanya dihidangkan semasa Hari Raya.Ia biasanya dihidang dengan rendang dan serunding serta kuah kacang.

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung. Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.




Satu lagi hidangan berasal dari India ialah nasi beriani. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya (ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan Penang. Keturunan nyonya ini dikatakan berasal dari kaum Cina dan Amoy (Xiamen) dan Fukian. Pada abad ke-12 mereka mengawini gadis Melayu tempatan dan seterusnya berkeluarga di mana anak lelaki mereka dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Baba dan nyonya mengikut dan meminati nilai tradisi dan budaya Melayu. Mereka fasih berbahasa Melayu, memakai kebaya dan memahami adat resam, nilai dan tradisi orang Melayu. Walau bagaimanapun kaum baba dan nyonya ini masih mengekalkan agama dan adat resam kaum Cina. Masakan nyonya adalah gabungan masakan orang Melayu dan Cina. Contoh masakan nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain. Terdapat beberapa perbezaan antara nyonya Penang dan nyonya Melaka. Di antaranya ialah penggunaan cili, di mana masakan nyonya Penang agak pedas berbanding nyonya Melaka. Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu. Contohnya ialah gado-gado dan penggunaan santan dalam masakan mereka. Kaum nyonya juga pandai menggayakan buah-buahan dan sayuran tempatan di dalam masakan mereka. Di antaranya ialah jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing buluh. Buah-buahan dan sayuran ini digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit dan daun pandan. Otak-otak, kerabu, laksa nyonya dan kuih muih nyonya mendapat tempat di buffet hotel dan restoran. Kuih nyonya terkenal dengan keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih nyonya ini berasaskan resipi kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharui oleh kaum nyonya. Bahan tani yang digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut, santan dan gula melaka.


Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char kway teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18.Terdapat beberapa makanan cina yang terkenal di Malaysia adalah seperti char kway teow, lok lok, bak kut teh dan sebagainya.


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.


Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.


Monday, 28 February 2011

nasi ayam hainan

Go to fullsize imagemeh beli!!!meh beli!!!!! ayam besau WAW! ayat pak cik hainan time kt pasau!!!huhu

AYAM GORENG

KESIAN AYAM KNE GORENG.....tp hakikatnye ayam goreng 2 sedap....sabo je la...

sate

sete adalah makanan pilihan 1 malaysia...berita selanjutnya menyusul kemudian......SEDAPnyerView Image

Sunday, 27 February 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog aku ni.... Aku just nak korang enjoy dengan blog aku tentang makanan 1 Malaysia....Menarik kn???Korang pon mesti suka pasal makanan-makanan ni....!so korang boleh cuci mata dengan tengok-tengok pelbagai jenis makanan.Macam-macam ada,makanan melayu,cina dan india!!semua ada kat bog aku ni.....
So selamat melayari blog aku ni........;-)

Kuih-Muih Tradisional Melayu

Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerana kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita tidak pernah tengok; rasa dan tak pernah tahu.."bahawa adanya makanan sebegitu di negara kita.." Namun yang pasti, semakin kita beranjak zaman kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di setiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Andai ditanya pada anak muda.."pernahkah dengar nama makanan ni...?" Confirm!! pasti kerut dahi yang kelihatan.Maklum la..negara kita dah makin pesat membangun masih adakah insan yang masih menjadikan kuih-kuih tradisi menu utama mereka..?
Ya, masih ada cuma hanya sebilangan dari kita...

Ha..ini beberapa jenis himpunan makanan tradisi orang melayu yang popular satu ketika dahulu dan mungkin kita boleh memperkenalkan kuih muih ni balik.....

NEKBAT


Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih.

BUAH TANJUNG


Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

JALA MAS


Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.

DODOL


Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.


LEMPENG KELAPA


Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.

SLEMANG



Slemang merupakan sejenis makanan tradisional Terengganu. Ia merupakan gula terurai yang dibebat dalam tepung. Mempunyai rasa yang manis